Page 9 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 9
PENDAHULUAN
BUKU TEKS PERNIAGAAN TINGKATAN 4 ini ditulis selaras dengan hasrat murni Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi
panduan utama penulisan buku ini di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain.
Buku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus
mempelajari mata pelajaran Perniagaan. Buku ini juga dibentuk dengan memasukkan unsur kepelbagaian
latihan dan informasi tambahan. Selain itu, elemen nilai murni, elemen merentas kurikulum dan kemahiran
abad ke-21 turut diterapkan bagi melahirkan generasi yang mencintai negara dan menjana minda murid untuk
berfikir di luar kotak.
Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Buku ini juga disediakan untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan. Pada
masa yang sama, buku ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan kemahiran
menganalisis dalam kalangan murid. Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk membina kesediaan murid untuk
memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan sebagai pilihan utama selepas menamatkan persekolahan.
Kandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat
menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan
menyeluruh. Menguatkan hujah dan pembuktian, penulis telah menggunakan maklumat dan data terkini yang
diperoleh daripada sumber-sumber rasmi.
Keistimewaan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Perniagaan Tingkatan 4 ini
adalah seperti yang berikut:
HALAMAN RANGSANGAN
Halaman rangsangan ialah halaman yang merangsang minda murid untuk memahami kandungan bab
secara umum. Halaman ini mengandungi maklumat tentang standard pembelajaran, peta konsep, previu dan
gambar foto.
Standard Pembelajaran Peta Konsep
Makna – Standard pembelajaran yang ditetapkan Makna – Grafik yang merumuskan DSKP
dalam DSKP Fungsi – Memberi pemahaman secara lebih
Fungsi – Memberi pengetahuan kepada murid mudah kepada murid berkaitan dengan isi
berkaitan dengan perkara yang akan dipelajari pembelajaran berdasarkan DSKP
dan dinilai
Gambar foto
Makna – Pengenalan ringkas berkaitan bab Makna – Foto yang memberi gambaran kepada
Fungsi – Memberi gambaran awal berkaitan kandungan teks
dengan tajuk yang bakal dipelajari Fungsi – Memberi pemahaman kepada murid
melalui foto yang mempunyai kaitan dengan
kandungan teks tajuk yang bakal dipelajari
vi vi
02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd 6 11/7/16 12:11 PM

