Page 146 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 146
3.4 Tujuan Penetapan
Visi, Misi dan Objektif
Perniagaan sebagai
Panduan Perniagaan
Penetapan visi, misi dan objektif setiap perniagaan mempunyai
tujuan tersendiri yang menunjukkan kepentingannya dalam
menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan. Penetapan visi dan misi
adalah bertujuan untuk mencapai matlamat perniagaan dalam
jangka masa panjang. Manakala, penetapan objektif dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu objektif jangka masa pendek dan
objektif jangka masa panjang. Penetapan objektif hendaklah
selari dengan misi dan visi perniagaan supaya dapat membantu
pencapaian matlamat organisasi keseluruhannya. Bab 3
3.4.1 Tujuan Penetapan Visi EMK
Visi merupakan wawasan yang dimasukkan dalam komponen Arahan:
pengurusan strategik dan proses untuk mencapainya mengambil Lakukan aktiviti sumbang saran
masa lebih daripada lima tahun. dalam kumpulan.
Soalan:
Cari maklumat berkaitan dengan
visi yang dibentuk oleh sebuah
perniagaan yang berada di
kawasan anda. Jelaskan kelebihan
dan kekurangan yang wujud
dalam visi perniagaan tersebut.
Gambar foto 3.3 Perniagaan petroleum
Contoh Cintai Negara
Visi Petronas ialah “untuk menjadi pembekal minyak yang Setiap visi yang dibentuk dalam
terkemuka bukan sahaja di negara Malaysia, malahan pada sesebuah perniagaan perlu
peringkat antarabangsa”. Untuk mencapai visi sebagai pembekal berupaya memberi impak positif
minyak terkemuka di Malaysia dan antarabangsa, strategi yang terutama kepada pertumbuhan
mampu mencapai visi Petronas tersebut perlu dirancang. ekonomi negara.
Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan BAB 3 131
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 131 11/7/16 1:47 PM

