Page 149 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 149

3.4.3  Tujuan Penetapan Objektif
                     EMK

                 Arahan:                     Penyataan objektif terikat dengan ciri-ciri SMART sebagaimana
                 Bentangkan dalam kelas.     yang telah dijelaskan dalam bab yang sebelumnya. Bagi mencapai
                 Soalan:                     matlamat organisasi perniagaan, penyataan objektif hendaklah
                 Jelaskan perkaitan antara ciri   selaras dengan penyataan misi.
                 SMART dengan penetapan
                 objektif sesebuah perniagaan.     Penetapan objektif organisasi perniagaan perlu mempunyai
                                             sekurang-kurangnya satu objektif yang mempunyai ciri SMART
                                             bagi menggambarkan satu sasaran yang ingin dicapai secara
                                             spesifik dan khusus. Hal ini seterusnya memudahkan kefahaman
                                             semua pihak organisasi perniagaan dalam usaha untuk mencapai
                                             sasaran yang telah ditetapkan.


                                                                        Visi
                     Cintai Negara
          Bab 3  Semangat cintai negara perlu                           Misi
                 diaplikasikan dalam setiap
                 perniagaan agar operasi yang
                 dijalankan memberi penekanan                         Objektif
                 kepada kepentingan negara.
                                                              Rajah 3.8  Pembentukan objektif
                                                 Berdasarkan Rajah 3.8 di atas, tujuan pembentukan sesuatu
                                             objektif bergantung pada pembentukan visi dan misi yang telah
                                             ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Penetapan objektif perlu
                                             selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi perniagaan
                                             yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan. Anak panah dari
                                             bawah ke atas menggambarkan penetapan objektif menjadi asas
                                             kepada pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.



                           Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif

               Berikut ialah maklumat tentang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

                                                  Objektif KESEDAR
                •  Mengimbangi nisbah kepadatan penduduk
                •  Mengecilkan jurang pembangunan antara kawasan
                •  Menyediakan kemudahan infrastruktur dan sosial
                •  Meningkatkan taraf sosioekonomi dan membasmi kemiskinan tegar serta mengurangkan kadar
                  kemiskinan pada masa ini
                •  Membangunkan modal insan
                         (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.kesedar.gov.my

               Berikan pendapat anda tentang objektif yang telah ditetapkan oleh KESEDAR.



              134   BAB 3   Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   134                                                       11/7/16   1:47 PM
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154