Page 148 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 148

3.4.2  Tujuan Penetapan Misi

                 Misi organisasi perniagaan dibentuk setelah wujud penyataan visi
                 sesebuah organisasi perniagaan. Visi menggambarkan matlamat      Minda Kreatif
                 yang ingin dicapai pada masa akan datang dalam tempoh masa
                 panjang,  sementara  misi  lebih  menjurus  kepada  aktiviti  yang   Jelaskan kepentingan penetapan
                 dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.         misi secara spesifik kepada
                                                                              sesebuah organisasi perniagaan.
                     Dalam erti kata yang lain, misi ialah menyatakan sebab
                 sesebuah organisasi wujud pada masa ini berdasarkan matlamat
                 yang telah dinyatakan dalam visi. Tujuan penyataan misi dapat
                 menerangkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan.

                     Tujuan penetapan misi perniagaan adalah bagi  memudahkan
                 pihak pengurusan yang telibat untuk mengagihkan setiap sumber    Buletin Keusahawanan
                 yang berkaitan dengan unit-unit dan bahagian-bahagian dalam
                 sesebuah organisasi perniagaan. Penyataan misi secara spesifik
                 dapat dijadikan garis panduan menilai keperluan setiap unit dan
                 bahagian organisasi.                                                                          Bab 3

                     Dengan itu, pengagihan sumber manusia dan sumber fizikal
                 dapat dibuat secara tepat. Pada masa yang sama, sumber boleh
                 digunakan secara cekap dan berkesan.

                     Penyataan misi perniagaan dijadikan asas dalam penyataan   Sekretariat Pembangunan
                                                                              Usahawan Malaysia (SAME)
                 objektif sesebuah organisasi perniagaan. Penyataan objektif akan   diwujudkan untuk menjana
                 menjelaskan perkara yang perlu dicapai dengan lebih terperinci   pembangunan perusahaan
                 berdasarkan misi yang telah ditetapkan.                      kecil dan sederhana (PKS),
                                                                              selaras dengan Pelan Induk PKS
                               Ketua Pengawai Eksekutif                       (SME Masterplan) 2012-2020.
                                                                    Misi      Penubuhan sekretariat ini
                                                                              adalah untuk
                                                                              •   merangsang peningkatan
                                                                                tahap keusahawanan di
                                                                                seluruh negara, bagi mencapai
                   Pengurus Pemasaran         Pengurus Pengeluaran              sumbangan minimum 41
                                                                                peratus kepada Keluaran
                                                                                Dalam Negara Kasar (KDNK)
                                                                                pada tahun 2020.
                        Pekerja A                  Pekerja B                  •   membantu menjelaskan dengan
                                                                                lebih terperinci tentang inisiatif
                                                                                kerajaan kepada seluruh
                             Rajah 3.7  Carta organisasi penyampaian misi
                                                                                komuniti PKS tempatan dan
                                                                                luar negara.
                     Berdasarkan  Rajah  3.7,  penyataan  misi  dibuat  oleh  pihak   (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
                 atasan, iaitu ketua pengawai eksekutif. Misi dijadikan garis   daripada laman sesawang http://
                 panduan dalam organisasi perniagaan supaya hala tuju organisasi   same.jpm.gov.my/html/, capaian
                 difahami oleh semua pihak. Pihak pengurus dalam perniagaan          pada 22 September 2016)
                 yang  terlibat  akan memberi  maklumat kepada  semua  pekerja
                 yang terdapat dalam kawalan masing-masing.


                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  133






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   133                                                       11/7/16   1:47 PM
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153