Page 165 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 165
Kegagalan mendapat keuntungan akan menyebabkan sebahagian
kos operasi tidak mampu dibayar oleh perniagaan. Perniagaan
hendaklah mengambil tindakan segera dan proaktif untuk
mengatasi setiap punca kegagalan yang wujud dalam mencapai
objektif perniagaan.
3.6.3 Gagal dalam Persaingan
Minda Kreatif
Setiap perniagaan akan menghadapi persaingan dalam pasaran.
Jelaskan kaedah yang dapat Kegagalan perniagaan mendapat keuntungan perniagaan akan
membantu usahawan untuk
bangun semula selepas menye babkan perniagaan tersebut tidak mempunyai kedudukan
mengalami kegagalan kewangan yang kukuh untuk membina strategi dalam menghadapi
dalam perniagaan. persaingan pasaran.
Contoh
Perniagaan perlu menjalankan kajian secara teliti dan berterusan
melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat
Bab 3 menghasilkan produk yang berkualiti.
3.6.4 Imej Perniagaan Terjejas
Kegagalan medapat keuntungan dalam perniagaan menyebabkan
imej perniagaan pada mata pihak berkepentingan akan tercalar.
Oleh itu, perniagaan sukar mendapat kerjasama daripada pihak
berkepentingan dalam operasi perniagaan.
Pihak pembiaya seperti bank mengenakan syarat ketat untuk
memberi kemudahan pinjaman kerana bimbang perniagaan
tidak mampu membayar pinjaman balik.
Gambar foto 3.11 3.6.5 Tidak Mampu
Perbincangan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah Mengembangkan
Perniagaan
Perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami
kesukaran dalam mengembangkan perniagaan. Perkembangan
RM Celik Kewangan perniagaan sedia ada boleh dilaksanakan melalui dua cara, iaitu
membuka cawangan dalam dan di luar negara serta membesarkan
Pengguna perlu bijak kapasiti operasi perniagaan sedia ada.
menguruskan hutang dengan
mengurangkan atau mengelakkan Kegagalan ini bukan sahaja disebabkan oleh faktor tidak
penggunaan kad kredit atau dapat membesarkan perniagaan yang merupakan matlamat
pinjaman peribadi.
perniagaan tetapi juga oleh faktor ketidakmampuan bertahan
dalam industri.
150 BAB 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 150 11/7/16 1:47 PM

