Page 162 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 162
3.6 Kesan kepada
Perniagaan Akibat
Kegagalan Mencapai
Matlamat dan Objektif
Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang
sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian matlamat EMK
dan objektif perniagaan. Tidak semua matlamat dan objektif yang Arahan:
ditetapkan oleh perniagaan dapat dicapai. Bentangkan dalam kelas.
Faktor dalaman perniagaan boleh menjadi satu halangan Soalan:
kepada pencapaian matlamat dan objektif sesebuah organisasi Jelaskan langkah-langkah yang
perniagaan. Begitu juga ancaman daripada faktor persekitaran boleh diambil untuk mengatasi
luaran boleh menjadi sekatan terhadap pencapaian matlamat dan kegagalan dalam perniagaan.
objektif perniagaan. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif Bab 3
perniagaan boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan,
iaitu jualan merosot, tidak mampu membayar kos perniagaan,
gagal dalam persaingan, imej perniagaan terjejas dan tidak
mampu mengembangkan perniagaan.
Cintai Negara
Antara langkah penyelesaian yang boleh digunakan oleh
sesebuah perniagaan apabila gagal mencapai sesuatu matlamat Setiap pekerja perlu berusaha
perniagaan ialah mengurangkan kos, menurunkan harga produk, memastikan tanggungjawab
mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, yang diberikan dipikul dengan
mengurangkan jumlah atau kadar pembayaran dividen kepada baik dan penuh integriti demi
menjaga kepentingan organisasi
pemegang saham, menggunakan kaedah atau teknologi baharu yang akan membawa manfaat
dalam pengeluaran dan menyemak semula matlamat perniagaan. kepada negara dan masyarakat.
Kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan objektif
perniagaan dapat digambarkan melalui Rajah 3.14 yang berikut:
Kesan kegagalan
mencapai matlamat dan
objektif
Tidak mampu Tidak mampu
Jualan Gagal dalam Imej perniagaan
merosot membayar kos persaingan terjejas mengembangkan
perniagaan perniagaan
Rajah 3.14 Kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif
Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan BAB 3 147
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 147 11/7/16 1:47 PM

