Page 171 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 171
(b) Sosiobudaya
Persekitaran sosiobudaya merujuk pada amalan dan cara
Minda Kreatif
hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum di sesebuah negara.
Berikan satu contoh adat budaya Sosiobudaya di Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu
setiap kaum di Malaysia. Cuba Melayu/Bumiputera, Cina dan India.
kaitkan dengan perniagaan.
Setiap kaum membentuk amalan dan cara hidup tersendiri.
Hal ini seterusnya akan mempengaruhi pembelian sesuatu
produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan.
Perbezaan sesuatu kaum sebenarnya memberi manfaat
kepada perniagaan kerana dapat mengeluarkan pelbagai jenis
produk untuk memenuhi cita rasa setiap budaya. Menghormati
setiap kaum merupakan asas kepada perpaduan di Malaysia.
Oleh itu, perniagaan perlu mengambil kira faktor pelanggan
dalam penetapan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.
Bab 3
Gambar foto 3.16 Kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia
(c) Teknologi
Buletin Keusahawanan Persekitaran teknologi pada masa ini sentiasa berubah mengikut
keadaan semasa. Teknologi dirujuk sebagai kaedah dan tatacara
dalam aktiviti perniagaan yang boleh memberikan kesan positif.
Teknologi canggih dan terkini membolehkan perniagaan lebih
cekap, kos operasi perniagaan menjadi lebih murah dan daya
Merupakan platform digital pengeluaran dapat ditingkatkan.
yang membantu usahawan muda
dan usahawan mikro untuk Penyelidikan dan pembangunan memerlukan modal yang
mengembangkan perniagaan ke besar yang dilaburkan oleh perniagaan. Bagi membolehkan
tahap yang lebih baik. perniagaan berdaya saing, perniagaan perlu mendapatkan dan
menggunakan teknologi terkini.
156 BAB 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 156 11/7/16 1:47 PM

