Page 176 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 176
kedudukan dalam pasaran Voice Berhad perlu menawarkan
perkhidmatan yang berkualiti bertaraf dunia kepada pelanggan. EMK
Faktor perkembangan teknologi dalam bidang maklumat Arahan:
bukan sahaja berlaku di luar negara malah telah berkembang Bentangkan dalam kelas.
pesat di dalam negara. Penduduk Malaysia yang merupakan Soalan:
golongan pengguna perkhidmatan telekomunikasi telah mula Berdasarkan kes,
celik teknologi maklumat sejajar dengan dasar kerajaan yang 1 buat analisis berkaitan visi,
menekankan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi misi dan objektif yang
(ICT) di luar bandar. sedia ada,
2 jelaskan faktor yang
mempengaruhi perubahan
Penyataan objektif Voice Berhad visi, misi dan objektif,
Penyataan objektif Voice Berhad ialah “Sebagai sebuah syarikat 3 hasilkan visi, misi dan objektif
telekomunikasi yang dinamik dan bergerak di atas landasan yang baharu.
yang betul bagi menjana keuntungan yang maksimum untuk
pemegang saham”.
Penyataan objektif Voice Berhad dibentuk adalah bertujuan
untuk menyokong penyataan visi dan misi. Oleh itu, bagi
menggerakkan visi dan misi, Voice Berhad menekankan Bab 3
objektif penjanaan untung maksimum penting supaya dapat Buletin Keusahawanan
memaksimumkan kehendak pemegang saham.
Cukai pendapatan dapat
Pemegang saham ialah pihak yang melaburkan atau dikurangkan melalui kaedah
mengeluarkan sejumlah modal dalam kuantiti tertentu kepada yang berikut:
sesebuah perniagaan. Pemegang saham ialah pihak yang • pembayaran zakat
secara bulanan
memiliki sesebuah perniagaan, sudah tentu pemilik perniagaan • penyertaan skim simpanan
ingin mendapat pulangan yang setimpal ke atas pelaburan modal pendidikan anak-anak seperti
yang dibuat. Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN-i)
Oleh sebab itu, Voice Berhad memiliki kekuatan dalam aspek • pembiayaan perubatan ibu bapa
kewangan. Voice Berhad berjaya menggunakan sumber kewangan
untuk menjanakan keuntungan supaya dapat meningkatkan
pendapatan. Keuntungan bersih yang diperoleh telah meningkat
daripada RM690,000,000 pada tahun 2009 ke RM785,280,000
pada tahun 2010. Keuntungan yang meningkat membolehkan
Voice Berhad memberi pulangan yang setimpal dan berpatutan
kepada pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat.
Kekuatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan
produk merupakan asas kepada kemajuan Voice Berhad yang
membolehkan Voice Berhad berjaya menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang bertaraf dunia. Keuntungan yang meningkat QR Code
telah membolehkan Voice Berhad membuat pelaburan bagi
memastikan misi dan visi organisasi dapat dicapai. Contohnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri
Voice Berhad telah melabur jutaan ringgit dalam aktiviti http://www.hasil.gov.my
penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pemasaran dan
perkhidmatan pelanggan supaya dapat menyumbang kepada
pengukuhan kedudukannya dalam pasaran dan industri.
Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan BAB 3 161
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 161 11/7/16 1:47 PM

