Page 173 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 173
EMK
Arahan:
Bentangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Sekiranya perniagaan tidak
mampu menggunakan teknologi
terkini, adakah visi, misi dan
objektif perlu diubah?
Gambar foto 3.20 Teknologi menganalisis pasaran
Penggunaan teknologi terkini membolehkan setiap proses
Cintai Negara pengeluaran dan pengawalan kualiti dapat dilakukan dengan
Bab 3 Setiap rakyat Malaysia dan lebih tepat sejak dari mula dalam proses pengeluaran sehingga
produk siap.
perniagaan perlu mematuhi
undang-undang yang telah
ditetapkan bagi memastikan
keharmonian dan kesejahteraan (d) Undang-undang
negara dapat terus dipelihara.
Perniagaan mesti mematuhi undang-undang dalam sesebuah
negara. Tahap perniagaan peringkat domestik hanya melibatkan
per undangan dalam negara sahaja, manakala tahap perniagaan
peringkat antarabangsa melibatkan perundangan negara asing.
Untuk perniagaan yang menjalankan operasi di luar negara,
penetapan visi, misi dan objektif adalah berbeza dengan operasi
perniagaan tahap domestik. Perniagaan tempatan yang beroperasi
EMK di luar tertakluk pada undang-undang luar negara yang berbeza
antara negara. Oleh itu, cabaran perniagaan lebih besar kerana
Arahan: perlu berhadapan dengan undang-undang yang berbeza dari
Gunakan teknologi terkini untuk pelbagai negara.
mendapatkan maklumat.
Soalan: Setiap undang-undang di sesebuah negara bertujuan untuk
Berdasarkan satu contoh memastikan dasar dan matlamat sesebuah negara dapat dicapai.
akta yang berkaitan dengan Antara faktor undang-undang yang boleh mempengaruhi
perniagaan, jelaskan sebab pihak operasi perniagaan adalah seperti undang-undang berkaitan
kerajaan menguatkuasakan
akta tersebut. dengan perubahan kadar cukai. Hal ini melibatkan kenaikan kos
perniagaan yang akan menyebabkan jumlah keuntungan yang
diperoleh syarikat berkurangan.
Faktor undang-undang sentiasa berubah ekoran tindakan
kerajaan menggubal undang-undang dari semasa ke semasa. Oleh
itu, perniagaan juga perlu melihat suasana ini dengan mengubah
suai visi, misi dan objektif perniagaan.
158 BAB 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 158 11/7/16 1:47 PM

