Page 180 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 180

3.8.3  Pencapaian objektif
                             perniagaan


                 Pembentukan objektif yang baik ialah objektif yang mampu
                 menjadi pemacu kejayaan hasil daripada pembentukan visi dan      EMK
                 misi. Pencapaian sesuatu objektif organisasi perniagaan juga
                 turut bergantung pada analisis penilaian faktor dalaman dan   Arahan:
                                                                              Bentangkan dalam kelas.
                 faktor luaran sesebuah organisasi perniagaan yang juga dikenali
                 sebagai analisis SWOT.                                       Soalan:
                                                                              Jelaskan kaitan antara pencapaian
                                                                              objektif perniagaan dengan
                 Contoh                                                       pengukuhan imej perniagaan

                                     Objektif bagi Nestlé                     dalam pasaran.





                                                                                                               Bab 3

                                                                                   Buletin Keusahawanan







                    “Menjadi peneraju dalam kesihatan dan kesejahteraan pemakanan
                   dan menjadi rujukan industri bagi prestasi kewangan yang
                   dipercayai oleh semua pihak berkepentingan.”                   Industri Halal Malaysia

                   (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://  Pengiktirafan dunia terhadap
                                             www.nestle.com/aboutus/strategy)  Sijil Halal Malaysia telah
                                                                              membuktikan bahawa industri
                                                                              halal telah diterima dan
                                                                              berpotensi besar untuk memberi
                 (a) Jualan                                                   keuntungan yang tinggi kepada
                                                                              sesebuah perniagaan.
                 Nestlé memastikan operasi perniagaan boleh menghasilkan
                 keuntungan yang meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan
                 keuntungan boleh dihasilkan melalui peningkatan jualan, dengan
                 mengukuhkan kekuatan dari aspek pemasaran  Nestlé supaya
                 dapat meningkatkan kuantiti jualan kepada pelanggan. Melalui
                 peningkatan dalam jualan,  Nestlé dapat  meningkatkan jumlah
                 jualan produk-produknya.

                     Selain itu, faktor masyarakat yang mementingkan makanan
                 sihat dan segera merupakan salah satu faktor penyumbang yang        QR Code
                 boleh meningkatkan jualan produk  Nestlé. Tambahan pula,
                 keadaan masyarakat yang sibuk dengan tugasan, permintaan            Halal Malaysia
                 pengeluaran  produk  makanan  Nestlé  semakin  bertambah,        http://www.halal.gov.my/
                 dengan itu Nestlé boleh menjana keuntungan yang besar.
                                                                Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan  BAB 3  165






       Bab3_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   165                                                       11/7/16   1:47 PM
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185