Page 20 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 20

1










                 BAB





                 TUJUAN PERNIAGAAN DAN




                 PEMILIKAN PERNIAGAAN








                 Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi?
                    Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat
                 untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan.
                    Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan
                 pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah
                 satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
                 barang dan perkhidmatan.
                    Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan
                 dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan
                 dan klasifikasi perniagaan di Malaysia.


                   KATA KUNCI
                   •  Tujuan perniagaan       •  Klasifikasi perniagaan
                   •  Bentuk pemilikan        •  Skala perniagaan
                   •  Francais                •  Barang dan perkhidmatan
                   •  Usaha sama              •  Perkembangan perniagaan



                 Standard Pembelajaran



                 Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
                 1  menerangkan tujuan perniagaan
                 2  membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat
                    sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan
                 3  mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar
                 4  menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan
                 5   menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya,
                    pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasinya
                 6  membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  3






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   3                                                         11/7/16   12:14 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25