Page 24 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 24
(c) Pertukaran Nilai
EMK Bab 1 Bab 1
Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan
tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Arahan:
Dapatkan maklumat melalui
kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran.
Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara
penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. Soalan:
1 Bincangkan peranan penjual
dan pembeli dalam memacu
(d) Keuntungan Perniagaan pertumbuhan perniagaan
secara keseluruhan
Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos di Malaysia.
yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran 2 Nyatakan sumbangan yang
boleh diberikan oleh peniaga
dan kos operasi. kepada masyarakat.
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos
Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan
boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu
bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan 2011
melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Akta ini berfungsi untuk
Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan melindungi pengguna dan
memastikan bahawa peniaga
keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut berniaga secara jujur tanpa
bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian menaikkan harga barang atau
daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. perkhidmatan secara sesuka hati.
(e) Penjual dan Pembeli
Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan
pembeli melakukan urus niaga di pasaran.
Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.
(f) Kontrak Perniagaan
Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih
individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada
perjanjian yang telah dipersetujui.
Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh QR Code
kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak Akta Kontrak 1950
sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi http://www.docfoc.com/akta-
pengguna dalam urusan perniagaan. kontrak-1950-act-136
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 7
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 7 11/7/16 12:14 PM

