Page 22 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 22
Bab 1
1.0 Pengenalan
Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli
barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli Cintai Negara
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti
perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan Bidang perniagaan merupakan
suatu bidang yang perlu menjadi
pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan
me majukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga
sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara.
tanggungjawab kepada masyarakat.
Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut
bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain
itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan
tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam
sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat.
EMK
1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas
yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual Soalan:
Berikan pendapat anda berkaitan
dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan dengan kepentingan konsep
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas asas perniagaan kepada setiap
perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang organisasi perniagaan.
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut:
Peta -THINK
Buku rujukan Internet
Memuaskan
kehendak dan
keperluan
pengguna
Penjual dan Pertukaran
pembeli Konsep nilai
asas
perniagaan
Barang dan Keuntungan
perkhidmatan perniagaan
Kontrak
Usahawan perniagaan Majalah
Rajah 1.1 Konsep asas perniagaan
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 5
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 5 11/7/16 12:14 PM

