Page 201 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 201
(b) Peranan Bahagian Fungsian
Minda Kreatif Pembelian
Jelaskan kaedah meningkatkan
keuntungan perniagaan melalui Bahagian fungsian pembelian berperanan untuk menentukan
bahagian fungsian pembelian. kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat. Bahagian
ini juga turut berperanan untuk menentukan pemilihan pembekal
yang bersesuaian dan cekap serta memastikan barang diterima
tepat pada masa dan lokasi yang telah ditentukan.
Proses pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian
ditunjukkan dalam Rajah 4.6 yang berikut:
Peta -THINK
Menerima tempahan Mencari pembekal Menerima sebut
belian daripada harga daripada
pengurus jualan yang sesuai pembekal-pembekal
Menilai Membuat Penerimaan
pembekal- pesanan barang daripada
pembekal pembelian pembekal
Bab 4 Rajah 4.6 Tatacara pembelian
4.2.7 Bahagian Fungsian
Pengeluaran
EMK
Pengeluaran merupakan proses menghasilkan barang melalui
Arahan:
Bincangkan dalam kelas. proses transformasi yang menukarkan input kepada output
bagi memenuhi keperluan kehendak pengguna.
Soalan:
Jelaskan kepentingan bahagian
fungsian pengeluaran dalam (a) Tujuan Bahagian Fungsian
memacu pertumbuhan Pengeluaran
sesebuah perniagaan.
Pengurusan bahagian fungsian pengeluaran yang baik, cekap,
sistematik dan berkesan sangat penting bagi memastikan setiap
aktiviti pengeluaran yang dijalankan dapat mengurangkan kos
dan memaksimumkan keuntungan.
186 BAB 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan
Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 186 11/7/16 1:48 PM

