Page 199 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 199

4.2.5  Bahagian Fungsian
                     Buletin Keusahawanan
                                                          Penyelidikan dan
                 Inovasi Sosial MOSTI
                 (MSI) merupakan salah satu               Pembangunan (R&D)
                 platform yang berperanan
                 untuk menjalankan aktiviti   Penyelidikan dan pembangunan (R&D) melibatkan pembangunan
                 pembangunan dan pelaksanaan
                 terhadap setiap idea berbentuk   produk baharu dan penambahbaikan produk yang sedia ada.
                 barang, perkhidmatan dan model.  Dalam kebanyakan industri, R&D termasuk aktiviti rekaan produk.
                                             (a)  Tujuan Bahagian Fungsian

                                                  Penyelidikan dan Pembangunan

                                             Tujuan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan (R&D)
                                             adalah untuk meningkatkan tahap pengeluaran dan pemasaran
                                             produk. Selain itu, usaha penyelidikan dan pembangunan juga
                                             dapat menghasilkan produk yang berkualiti dengan kos efektif.
                     EMK
                                              Contoh
                 Arahan:
                 Bentangkan dalam kelas.      Pasukan penyelidik dari Pusat Kejuruteraan Tisu, Pusat Perubatan
                                              Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berjaya menghasilkan
                 Soalan:                      kulit gantian ‘MyDerm’ sebagai kaedah terbaharu dalam teknologi
                 Bincangkan contoh aktiviti   perubatan dunia.
                 penyelidikan dan pembangunan
                 (R&D) yang telah dilakukan oleh   Kejayaan ini turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia
                 agensi kerajaan atau swasta untuk   Book of Records (MBOR).
                 meningkatkan kualiti produk
          Bab 4  dalam sektor pertanian.      Hal ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia pada peringkat
                                              dunia tetapi turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan
                                              sedia ada dan bakal usahawan.

                                               (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://
                                                                            www.bharian.com.my/semasa)





                     Minda Kreatif

                 Jelaskan cara untuk
                 meningkatkan keuntungan
                 perniagaan melalui bahagian
                 fungsian penyelidikan dan
                 pembangunan (R&D).









                                                      Gambar foto 4.2  Aktiviti penyelidikan dan pembangunan
              184   BAB 4  Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   184                                                       11/7/16   1:48 PM
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204