Page 258 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 258

6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran

                         Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Aizat Affan bin Mohd Yusof
                         bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

                         •  mengagihkan dan menghantarkan e-mel
                         •  mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik
                         •  menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
                         •  menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
                         •  menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint
                         •  mengkaji dan mencari maklumat
                         •  menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel


                         6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

                         Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Aizat Affan bin Mohd Yusof
                         sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan
                         tugas-tugas seperti berikut:
                         •  menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis
                         •  menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan
                         •  menyediakan  khidmat  selepas  jualan  termasuk  menyelenggarakan  barang
                            yang rosak, menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian
                         •  mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan
                            berdasarkan prosedur
                         •  menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
                         •  menggunakan maklum  balas  daripada  pelanggan untuk menaik taraf
                            perkhidmatan pelanggan



                           Penilaian

                          Fungsian organisasi RSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan
                          berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan
                          setiap fungsian.

                              Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu mengikut
                          susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam carta organisasi.
                          Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memahami
                          setiap fungsian dengan mudah.                                                        Kertas Kerja Projek Perniagaan







                                                            9


                                                                                  KERTAS KERJA PROJEK  245






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   245                                          11/7/16   1:50 PM
   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263