Page 259 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 259

RUMUSAN





                      Rimbun Sejadi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi
                      tumpuan dalam ugasan untuk membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan
                      barang-barang pertanian terutamanya pokok-pokok bunga hiasan. Rimbun
                      Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk penebangan
                      pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar Kuala Lumpur.
                      Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah
                      hampir empat tahun beroperasi.
                          Terdapat peningkatan yang mendadak untuk  jumlah permintaan bagi
                      pembekalan dan penyediaan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok-
                      pokok di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek-projek
                      pembangunan. Selain itu, permintaan terhadap pokok-pokok hiasan untuk projek
                      landskap juga bertambah terutamanya daripada pelanggan atau kontraktor di
                      sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengarah Urusan Rimbun Sejadi Enterprise
                      telah mula menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam
                      masa  yang  sama  akan  menambahkan  lagi  bilangan  staf  supaya  melancarkan
                      urusan perniagaan.



                        Cadangan

                        RSE perlu menetapkan visi dan misi yang lebih realistik. Tempoh masa untuk
                        perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan dengan jelas dalam misi dan objektif.

                            RSE perlu menambahkan bilangan staf kerana dua orang staf sahaja yang
                        mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, khidmat pelanggan
                        dan pentadbiran tidak mencukupi. RSE juga perlu mengambil staf bagi
          Kertas Kerja Projek Perniagaan
                        mengurus bahagian pemasaran kerana bahagian pemasaran ini amat penting
                        bagi memperkenalkan RSE kepada orang ramai.

                            Pemasaran yang berkesan akan mempercepatkan pencapaian visi, misi dan
                        objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini diharapkan RSE dapat meluaskan
                        pasaran/lokasi perniagaannya ke negeri-negeri lain. RSE perlu membahagikan
                        fungsian  secara  lebih  jelas  dengan  menambahkan  dua  fungsian  kepada
                        empat fungsian, iaitu kewangan, belian, pentadbiran dan khidmat pelanggan.







                                                          10


              246   KERTAS KERJA PROJEK






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   246                                          11/7/16   1:50 PM
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264