Page 257 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 257

6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI



                      Rimbun Sejadi Enterprise

                      Pengarah Urusan, iaitu Mohd Yusof bin Hosaini, bertanggungjawab dalam
                      memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-
                      masing demi mencapai objektif dan matlamat Rimbun Sejadi Enterprise.


                      6.1 Bahagian Fungsian Kewangan
                      Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Rimbun Sejadi Enterprise adalah secara
                      kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam
                      bahagian yang sama. Rimbun Sejadi  Enterprise  hanya  mempunyai dua  orang
                      pengurus, iaitu Amira Afiqah binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab
                      dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Aizat Affan bin Mohd Yusof
                      bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan.

                          Selaku pengurus bahagian kewangan, Amira Afiqah akan menjalankan
                      tugas-tugas seperti yang berikut:
                      •  menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima
                      •  merekodkan wang yang diterima
                      •  memeriksa dan membayar invois yang diterima
                      •  menyediakan pembayaran gaji staf
                      •  meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
                      •  menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan

                      6.2 Bahagian Fungsian Belian

                      Amira Afiqah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan
                      tugas-tugas seperti berikut:
          Kertas Kerja Projek Perniagaan
                      •  menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar
                      •  menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
                      •  menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti,
                        terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain
                      •  mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau
                        perubahan yang dilakukan
                      •  meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau
                        kebaikan yang lain
                      •  merujuk  masalah-masalah  mengenai  penghantaran  kepada  pihak  tertentu
                        contohnya, masalah kualiti dan kuantiti
                      •  mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar

                                                          8


              244   KERTAS KERJA PROJEK






       Bab5_Txtbk Perniagaan Tg4_Kerja Projek-7/11.indd   244                                          11/7/16   1:50 PM
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262