Page 51 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 51

Bab 1                              (b) Francaisor

                                             Francaisor merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal
                     Buletin Keusahawanan    atas jenama produk. Francaisor akan menyediakan produk dan
                                             sistem perniagaan.
                 Program Francais Komuniti
                 Program itu bagi membantu
                 usahawan francais tempatan
                 mengembangkan perniagaan
                 sebagai francaisor.
                  (Sumber: Dipetik dan disesuaikan
                        daripada laman sesawang
                      http://www.bharian.com.my
                                node/158718)















                                                                 Gambar foto 1.19  Francaisor

                                             (i) Peranan Francaisor

                                             Francaisor memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama,
                  RM  Celik Kewangan         sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi.
                                             Sebagai pemilik jenama, francaisor mempunyai tanggungjawab
                                             dan kewajipan untuk menyediakan “blueprint” atau petunjuk
                                             pelaksanaan bentuk perniagaan sebagai panduan dan rujukan
                                             kepada francaisi.
                 Kerajaan melalui Agensi
                 Kaunseling dan Pengurusan       Francaisor  boleh membantu menyediakan khidmat latihan
                 Kredit menyediakan khidmat   seperti kursus dan bimbingan untuk memberikan pengetahuan
                 nasihat secara percuma bagi   tentang sistem pemasaran yang digunakan oleh francaisor kepada
                 membantu individu dan       francaisi. Hal ini dapat memastikan setiap francaisi dapat bertahan
                 usahawan menguruskan        dan perniagaan dijalankan dengan lancar dan terus maju.
                 kewangan dengan bijak.
                                                 Terdapat juga francaisor yang membiayai kos pengiklanan
                                             francaisi dengan menjalankan aktiviti promosi bersepadu. Bagi
                                             perniagaan tertentu, francaisor turut memberikan bantuan dalam
                                             bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas.


                                             (ii)  Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan
                                                 Francais kepada Francaisor
                                             Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor
                                             ditunjukkan dalam Jadual 1.8 yang berikut:
              34    BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   34                                                        11/7/16   12:14 PM
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56