Page 56 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 56

Jadual 1.11  Klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz
                       Klasifikasi           Pengilangan                        Perkhidmatan                   Bab 1  Bab 1

                  Saiz              Jumlah Jualan   Bilangan Pekerja   Jumlah Jualan    Bilangan Pekerja
                                      Tahunan            Tetap           Tahunan            Tetap
                                                        (orang)                            (orang)

                  Kecil           RM300,000 hingga   5 hingga kurang   RM300,000 hingga   5 hingga kurang
                                  kurang daripada   daripada 75      kurang daripada   daripada 30
                                  RM15 juta                          RM3 juta


                  Sederhana       RM15 juta hingga   75 hingga kurang   RM3 juta hingga   30 hingga kurang
                                  kurang daripada   daripada 200     kurang daripada   daripada 75
                                  RM50 juta                          RM20 juta


                  Besar           RM50 juta dan     200 dan ke atas  RM20 juta dan     75 dan ke atas
                                  ke atas                            ke atas

                                                       (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
                                                           http://www.smecorp.gov.my, capaian pada 26 Jun 2016)


                 (a) Perniagaan Bersaiz Kecil

                 Sesebuah perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan
                 akan dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil sekiranya     EMK
                 mempunyai pencapaian jumlah jualan tahunan  dalam  anggaran
                 RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta serta pekerja tetap     Arahan:
                                                                              Bentangkan dalam kelas.
                 5 hingga kurang daripada 75 orang. Bagi perkhidmatan pula,
                 jumlah jualan tahunan adalah antara RM300,000 hingga kurang   Soalan:
                 daripada RM3 juta manakala  bilangan  pekerja  tetap  antara 5   Jelaskan perbezaan antara
                                                                              perniagaan bersaiz kecil dengan
                 hingga kurang daripada 30 orang.                             perniagaan bersaiz sederhana.

                 (i) Kelebihan Perniagaan Bersaiz Kecil


                 •  Kos overhed yang lebih rendah
                    Perniagaan bersaiz kecil tidak memerlukan kos operasi dan   RM  Celik Kewangan
                    kos pengurusan yang tinggi. Hal ini membolehkan peniaga   Setiap perniagaan perlu
                    menawarkan  harga  yang  lebih  bersaing  berbanding  dengan   memastikan keuntungan
                    syarikat yang lebih besar.                                yang diperoleh diagihkan dan
                                                                              digunakan dengan baik mengikut
                 •  Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan        keutamaan bagi memastikan
                                                                              operasi perniagaan berjalan lancar.
                    Pemilik dapat mengambil tindakan segera atas segala masalah
                    dan rungutan pelanggan. Kebiasaannya, perniagaan bersaiz
                    kecil kurang menghadapi birokrasi, seperti borang yang perlu
                    diisi oleh pelanggan yang menghadapi masalah.

                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  39






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   39                                                        11/7/16   12:14 PM
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61