Page 48 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 48

•  keanggotaan sukarela dan terbuka
                    Keanggotaan dalam sesebuah koperasi adalah secara sukarela    Minda Kreatif                Bab 1
                    tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Keanggotaan
                    dalam koperasi terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh   Jelaskan cara memajukan
                                                                              koperasi sekolah anda ke tahap
                    menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela      lebih baik.
                    menerima tanggungjawab sebagai anggota, tanpa mengira
                    jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik atau agama.

                 •  kawalan secara demokratik oleh anggota
                    Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi
                    dengan  setiap  anggota  mempunyai  hak  untuk  bersuara
                    dan mengundi dalam menentukan dalam sesuatu perkara.
                    Koperasi merupakan organisasi yang demokratik, dikawal
                    oleh anggotanya sendiri dengan melibatkan diri secara aktif
                    dalam membuat polisi dan keputusan.
                 •  penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi
                    Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat
                    dalam aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan oleh    Cintai Negara
                    koperasi. Hal ini disebabkan oleh modal perniagaan diperoleh   Setiap koperasi di Malaysia perlu
                    daripada anggotanya sendiri.                              bekerjasama antara satu sama
                 •  kebebasan autonomi                                        lain bagi memastikan kebajikan
                                                                              setiap anggota dapat terus
                    Dalam aspek pengurusan koperasi, setiap anggota berhak    dipelihara dan memberikan
                    untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu      manfaat kepada semua pihak
                    perkara. Hal ini bagi memastikan kebajikan setiap ahli sentiasa   termasuk rakyat dan negara.
                    terpelihara tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak tertentu.
                 •  pendidikan, latihan dan maklumat
                    Koperasi bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan
                    dan latihan untuk anggotanya, ahli lembaga yang dipilih,
                    pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara
                    berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan
                    maklumat kepada orang ramai terutama kepada golongan
                    muda  dan  ketua-ketua  masyarakat  berhubung perihal  dan
                    faedah berkoperasi.

                 •  bekerjasama antara koperasi
                    Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain
                    menjadikan ekonomi koperasi menjadi lebih luas dan kukuh.
                    Kerjasama yang terjalin membolehkan sistem pengurusan
                    dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan dari semasa
                    ke semasa.                                                       QR Code

                 •  prihatin terhadap komuniti                                  Suruhanjaya Koperasi Malaysia
                    Selain menjaga kebajikan ahli, kepentingan komuniti setempat        (SKM)
                    juga turut dititikberatkan. Hal ini meliputi aktiviti yang    http://www.skm.gov.my
                    memberi  impak  positif  kepada  anggota  tanpa  menjejaskan
                    kepentingan komuniti setempat.


                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  31






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   31                                                        11/7/16   12:14 PM
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53