Page 67 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 67
Bab 1 (b) Skala Negeri
Perniagaan telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada
Minda Kreatif peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung
pada peringkat ini agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan
Jelaskan kelebihan perniagaan dari pelbagai daerah. Kebanyakan perniagaan pada tahap ini
berskala negeri.
terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
(c) Skala Kebangsaan
Perniagaan berskala kebangsaan mempunyai saiz pasaran yang
Buletin Keusahawanan lebih besar. Perniagaan berskala kebangsaan meliputi pasaran di
seluruh negara. Beroperasi di skala kebangsaan membolehkan
“Jangan takut untuk meninggalkan
yang BAIK bagi mengejar yang peniaga menikmati ekonomi bidangan. Barang atau perkhidmatan
HEBAT!” dapat ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan kepada
pengguna. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli
stok dalam kuantiti yang lebih besar. Oleh itu, perniagaan boleh
berunding dengan pembekal untuk mendapatkan diskaun yang
lebih tinggi, dan seterusnya menjual pada harga yang lebih murah
kepada pelanggan. Hal ini menyebabkan perniagaan yang berskala
tempatan sukar menyaingi perniagaan berskala kebangsaan.
KUARI BATU EMAS
KBE GROUP OF COMPANIES
Dato’ Haji Musa bin Haji Nordin,
merupakan contoh usahawan
berjaya yang berani keluar dari zon
selesa untuk mengejar kejayaan
yang lebih hebat.
Gambar foto 1.26 Perniagaan skala kebangsaan
1.5.2 Pasaran Antarabangsa
Cintai Negara
Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan
Dalam perniagaan antarabangsa, yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. Pasaran
setiap perniagaan perlu
mengutamakan kepentingan antarabangsa melibatkan aktiviti import, eksport dan entreport.
negara. Setiap aktiviti yang Liputan pasaran bagi perniagaan skala antarabangsa menjadi
menjejaskan kedaulatan negara luas dan sasaran pasaran baharu akan wujud. Keadaan ini dapat
perlu dielakkan sepenuhnya. meningkatkan keuntungan syarikat. Pasaran antarabangsa boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:
50 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 50 11/7/16 12:14 PM

