Page 87 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 87

•  Pelepasan Cukai
                     Minda Kreatif
                                                Bagi menggalakkan rakyat Malaysia menceburi sesuatu jenis
                 Jelaskan tindakan peniaga untuk   perniagaan, kerajaan telah mewujudkan beberapa pelepasan
                 mendapatkan manfaat daripada   cukai dalam sektor-sektor tertentu. Contoh pelepasan cukai
                 pelepasan cukai.               ialah taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan cukai,
                                                pengecualian cukai dan elaun pelaburan semula.
                                                Huraian tentang pelepasan cukai ditunjukkan dalam Jadual 2.1
                                                yang berikut:
          Bab 2                                         Jadual 2.1  Huraian tentang pelepasan cukai


                                               Jenis Pelepasan                Huraian
                                                   Cukai
                                              Taraf perintis  Diberikan kepada syarikat yang menyertai
                                                              promosi oleh kerajaan. Syarikat dikecualikan
                                                              pembayaran cukai selama lima tahun.
                                              Elaun cukai     Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan
                                              pelaburan       modal yang diberikan kepada perniagaan
                                                              berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan
                     Cintai Negara                            berasaskan bahan mentah tempatan.
                                              Potongan cukai  Potongan cukai diberikan kepada pengeksport
                 Rakyat bertanggungjawab
                 membayar cukai kepada                        yang menjual barangan tempatan dengan kadar
                 kerajaan supaya kerajaan dapat               potongan bergantung pada jenis perbelanjaan
                 menggunakan hasil tersebut                   yang terlibat.
                 untuk pembangunan negara.    Pengecualian    Diberikan kepada syarikat status MSC dan
                                              cukai           terlibat dalam industri teknologi tinggi.
                                                              Perbelanjaan yang mendapat pengecualian cukai
                                                              ialah penyelidikan pasaran eksport, pameran
                                                              dan pengiklanan di luar negara.
                                              Elaun pelaburan   Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam
                                              semula          perniagaan pengeluaran makanan, pembinaan
                                                              jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian
                                                              aset modal. Pendapatan syarikat dilabur semula
                                                              untuk pembelian aset.

                                                Pada peringkat Persekutuan, kebiasaannya aktiviti pungutan
                                                cukai  dilaksanakan  oleh  dua  agensi  utama  seperti  yang
                                                ditunjukkan dalam Rajah 2.4 yang berikut:






                                                                                         Hasil
                                                                                       pendapatan
                                                                                        negara
                  Jabatan Kastam Diraja   Lembaga Hasil Dalam
                    Malaysia (JKDM)  Negeri (LHDN)


                                          Rajah 2.4  Agensi pungutan cukai Persekutuan
              70    BAB 2  Trend Semasa dalam Perniagaan






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   70                                                       11/7/16   1:43 PM
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92