Page 10 - BUKU PANDUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 2020 - Edisi Kedua
P. 10

10


















                           SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
                         Sekolah  ini  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1967  dengan  nama  Sekolah  Menengah  Jenis

               Kebangsaan Kampung Kerinchi.  Pada tahun 1973, sekolah ini diubah nama kepada Sekolah Menengah
               Kebangsaan  Seri  Pantai.  Nama  ini  telah  diberikan  oleh  En.  Mokhtar  b.  Zakaria  (  Guru  besar  )  dengan
               persetujuan guru-guru pada masa itu.   Sekolah ini  merupakan  sekolah  Bantuan  Penuh  Kerajaan.  Guru
               Besar  yang  pertama  ialah En. Michael Peter.



                         Sekolah ini terletak di sekitar kawasan Lembah Pantai ,Pantai Dalam dan Pantai Baru .Sejak
               ditubuhkan sekolah ini dikelilingi oleh penempatan setinggan sehinggalah dipindahkan ke rumah pangsa
               yang  didirikan  oleh  Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur  (DBKL).  Sebilangan  besar  murid  sekolah  ini
               berlatarbelakangkan  keluarga yang sederhana dan berpendapatan rendah.



                    Pada peringkat awal penubuhannya,  sekolah ini hanya menempatkan murid lelaki dan perempuan
               daripada  pelbagai  kaum  di  sekitar  Kampung  Kerinchi.  Pada  tahun  1972,  dengan  penambahan  murid  ,
               sekolah ini telah memulakan sesi petang tetapi telah diubah kepada satu sesi pada tahun 1997 sehingga
               sekarang . Kumpulan pertama pelajar yang mengambil peperiksaan MCE ialah pada tahun 1972.  SMK
               Seri Pantai juga pernah membuka Kelas Tingkatan Enam yang bermula pada tahun 1989. Namun begitu ,

               atas  dasar  untuk  menaikkan  taraf  dan  memberi  penjanamaan  semula,  kelas  tingkatan  enam  ini  telah
               dipindahkan ke sekolah pusat tingkatan 6 di SMK Vivekananda ,Bricksfields ,Kuala Lumpur. Pergerakan
               guru dan pelajar bermula pada akhir tahun 2016 Kini, sekolah ini mempunyai seramai 1013 orang murid
               yang  belajar  dari  tingkatan  1  hingga  5.  Seramai  76  orang  guru  telah  ditempatkan  untuk  berkhidmat  di
               sekolah ini dengan dibantu oleh 9 orang  Anggota Kumpulan Pelaksana.



                    Dari aspek prasarana, awalnya sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan
               16  buah  bilik  darjah.  Pada  tahun  1982,  terdapat  pertambahan  dua  blok  bangunan  yang  menempatkan
               perpustakaan, makmal sains dan bengkel.  Pada tahun 1984, bilik sumber, klinik gigi, kedai buku dan bilik
               serbaguna  ditempatkan  di  blok  B.   Kini,  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Seri  Pantai  mempunyai  enam
               blok dan kesemua blok ini digunakan untuk tujuan pembelajaran . Selain bilik darjah,  terdapat juga bilik-
               bilik  khas  seperti  Pusat  Sumber,  Balai   Penjana  Ilmu,  Bilik  AVA,  Bilik  AVA  Tingkatan  Enam,Bilik

               Peperiksaan,  Galeri  Sejarah,  Bilik  MACA,  Bilik  ERT,  Bilik  Jahitan,  Bilik  Wawasan,  Bilik  Rekod,  Bilik
               Perabot, Bilik Guru Kanan, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik SPBT dan
               lain-lain lagi.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15