Page 9 - BUKU PANDUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 2020 - Edisi Kedua
P. 9
9
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
FALSAFAH SEKOLAH
Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara positif. Dengan itu peluang yang luas
mestilah disediakan agar setiap pelajar dapat meneroka dan memperkembangkan diri mereka menjadi
pelajar yang cemerlang akademik, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia serta bertanggungjawab
dalam mencapai hasrat perjuangan agama, bangsa dan negara.
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan individu pelajar yang DINAMIK iaitu:
D- Disiplin diri yang tinggi
I - Intelek dalam segala tindak tanduk
N- Nekad, berani dan tabah menghadapi cabaran
A- Aktif dalam pelbagai bidang
M- Menghormati guru, ibu bapa dan kepimpinan yang adil
I - Insan yang beriman dan bertakwa
K- Kerjasama memburu kejayaan
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan :
❖ Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
❖ Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
❖ Tabah memikul tanggungjawab mendidik pelajar agar berketrampilan, berdaya saing serta
beriman dan beramal soleh.
❖ Memberikan perkhidmatan mesra dan cekap serta bekerjasama ke arah kecemerlangan
pendidikan.
❖ Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat penyayang, harmonis dan patriotik.

