Page 11 - BUKU PANDUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 2020 - Edisi Kedua
P. 11

11




                    Sejak ditubuhkan, sekolah ini telah diterajui oleh 15 orang pengetua. Antaranya, Dato’ Hj Baharom Bin
               Kamari,  mantan  Pengetua  SMK  Seri  Pantai  dari  tahun  1992  –  1995  yang  pernah  dinobatkan  sebagai
               Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008. Terkini, kepimpinan SMK Seri Pantai diterajui oleh
               En.  Wan  Mohd  Zaidi  bin  Wan  Mahmood.  Visi  sekolah  “Seri  Pantai  Cemerlang  Akademik,  Sahsiah  dan
               Kokurikulum  2015”  telah  ditukar  kepada  visi  baru  iaitu  “Pendidikan  Berkualiti  Insan  Terdidik  Negara

               Sejahtera” selaras dengan transformasi pendidikan untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dan
               berkualiti. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2013 sekolah-sekolah telah diarah untuk menyelaraskan visi
               dan misi sama seperti yang terdapat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ‘Pendidikan Berkualiti
               Insan Terdidik Negara Sejahtera’.



                    SMK Seri Pantai telah mencipta sejarah dengan Pelancaran Perasmian Galeri Sejarah pada 18 April
               2011 yang disempurnakan oleh Dato’ Ibrahim Bin Ismail, Ketua Pengarah Muzium Negara Malaysia dan
               dihadiri  oleh  Bapak  Bupati  Kerinchi  Indonesia  serta  rombongan  kebudayaan  Kerinchi.  Sejak
               penubuhannya, Galeri Sejarah sekolah telah dikunjungi oleh banyak pihak dari dalam dan dari luar negara
               serta telah dijadikan penanda aras bagi Persatuan Sejarah Sekolah Malaysia Peringkat WPKL.



                    SMK  Seri  Pantai  turut  berjaya  melakar  pencapaian  cemerlang  dalam  pelbagai  bidang.  Antaranya
               telah menerima Sijil Penghargaan atas Pencapaian Lonjakan Saujana PMR ‘Bahasa Arab’ 2012 sempena
               Majlis  Anugerah  Kecemerlangan    PMR  2012  peringkat  Jabatan  Pelajaran  Wilayah  Persekutuan  Kuala
               Lumpur  .  Sijil  Penghargaan  juga  dianugerahkan  kerana  pencapaian  cemerlang  tempat  ke-3  Lonjakan

               Saujana (Peningkatan GPS : 0.23) peringkat Wilayah Bangsar dan Pudu dan Sijil Penghargaan kerana
               pencapaian  cemerlang  Peningkatan  dalam  semua  3  Kategori  (Cemerlang  Semua  A,  Lulus  dan  Gred
               Purata Sekolah) dalam PMR tahun 2012. Pada 2014 pula SMK Seri Pantai juga telah menerima Anugerah
               Peningkatan  GPS  tempat  ke-7  dalam  peperiksaan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  sempena  Majlis
               Anugerah Cemerlang Peringkat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan Anugerah Top
               Ten (tempat keempat), Hari Koperasi Sekolah peringkat JPWP 2016.



                    Ekoran  tuntutan  kepesatan  pembangunan  di  sekitar  kawasan  sekolah,  SMK  Seri  Pantai  akan
               beroperasi  ke  bangunan  baharu  mulai  2  Januari  2020  yang  terletak  bersebelahan  dengan  tapak  lama.
               Semoga dengan bangunan dan prasarana yang serba baharu dan canggih ini dapat menyuntik semangat
               baharu kepada semua warga sekolah untuk terus mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16