Page 28 - JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM
P. 28
JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM 2018
JAWATANKUASA STOK INVENTORI
Bidang Tugas :
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun – awal dan
akhir tahun.
2. Memastikan semua alat dan bahan direkod dengan sempurna – Kad Harta
Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3. Menyediakan kemudahan alat dan bahan dengan sebaik mungkin. ( jika
perlu )
4. Semua buku stok hendaklah dikemaskinikan dan disimpan di pejabat
sekolah.
5. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang diterima dari
Kementerian, JPN ataupun PPD.
6. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut
peraturan yang ditetapkan.
7. Menetap dan melaksanakan peraturan menjaga keselamatan perabot dan
harta benda sekolah serta denda yang akan dikenakan kepada pelajar..
8. Memastikan semua pelajar atau kakitangan sekolah atau guru atau
orang luar memulangkan alatan sekolah yang dipinjam sebelum akhir
tahun, atau ditahan sijil bagi pelajar berkenaan.
JAWATANKUASA DATA DAN MAKLUMAT
Bidang Tugas :
1. Menyediakan data enrolmen murid mengikut tahun,kelas / darjah,
agama,kaum dan jantina.
2. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen
dan lain-lain.
3. Menyediakan penyata bulanan murid dan guru mengikut setiap bulan ke
dalam disket dan salinan setiap bulan.
4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai taraf sosio
ekonomi, tempat tinggal dan taraf pendidikan penjaga, jenis
Npengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain yang
berkaitan.
5. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.
6. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dan dikemaskinikan
sentiasa.
7. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses dan
menganalisis data.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
51

