Page 29 - JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM
P. 29
JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM 2018
JAWATANKUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN
Bidang Tugas :
1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program tahunan.
2. Menetapkan yuran bulanan atau tahunan.
3. Menjadi orang perantaraan antara ataf dengan guru besar.
4. Merancang program untuk peningkatan kebajikan staf.
5. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf.
6. Bertanggugjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau berkahwin dan
mendapat anak serta kematian waris staf atau lain-lain mengikut hasil persetujuan
majoriti staf.
7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Pengurusan dan
Lembaga Pengawas.
8. Mengadakan majlis perpisahan kepada staf yang bertukar atau berpencen atau staf
baru.
9. Mengelola pertandingan / kegiatan sukan atau riadah untuk ahli.
10. Memastikan semua guru dan staf menjadi ahli PSKPP.
11. Membantu sekolah menguruskan Lawatan Terancang / Sambil Belajar untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatanan.
12. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun dan Hari Keluarga untuk ahli.
JAWATANKUASA LINUS
Bidang Tugas :
1. Merancang perlaksanaan program.
2. Merancang peruntukan sumber kewangan
3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
4. Menyediakan kemudahan fizikal dan kemudahan pembelajaran.
5. Mengadakan mesyuarat bulanan dalam jangka masa program dilaksanakan.
6. Menyedia dan mengajukan Laporan Pencapaian Program kepada pihak yang
berkenaan.
7. Memantau pencapaian murid.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
52

