Page 30 - JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM
P. 30

JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM  2018


                            JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS / PJK

           Bidang Tugas :

                  1.  Memastikan perlaksanaan program dijalankan sepenuhnya di peringkat
                      sekolah.
                  2.  Menyediakan program utama dan program sokongan untuk meningkatkan
                      pencapaian murid pemulihan khas.
                  3.  Mengadakan mesyuarat berjadual program pemulihan khas.
                  4.  Memastikan guru pemulihan khas menggunakan instrumen yang disediakan
                      oleh pihak kementerian.
                  5.  Mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru yang terlibat secara khusus
                      dalam program pemulihan.
                  6.  Mengadakan bengkel pembinaan alatan untuk pengajaran dan pembelajaran
                      dalam kelas pemulihan khas.
                  7.  Melibatkan pihak PIBG dalam program pemulihan khas.
                  8.  Memberi khidmat bantu kepada guru-guru matapelajaran dalam perlaksanaan
                      pemulihan di kelas biasa.
                  9.  Memantau, menyelia dan menilai keberkesanan perlaksanaan program dari
                      masa ke semasa.
                  10. Memastikan data-data dan rekod-rekod yang berkaitan dengan perlaksanaan
                      program pemulihan khas disediakan dan diselenggara dengan baik dari masa
                      ke semasa.
                  11. Menyedia dan menghantar segala laporan yang berkaitan dengan perlaksanaan
                      program pemulihan khas kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
                      Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan a[abila diperlukan.


                                   JAWATANKUASA PRASEKOLAH


           Bidang Tugas :-

                  1.  Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
                  2.  Menentukan tugasan pembantu pengurusan murid sentiasa dipatuhi.
                  3.  Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada guru prasekolah dan
                      pembantu pengurusan murid.
                  4.  Memutuskan bayaran yang perlu dijelaskan, sekiranya ada pada setiap tahun
                      ( termasuk pakaian dan sebagainya)
                  5.  Mengadakan program-program sokongan tertentu bagi memantapkan lagi
                      proses pengajaran dan pembelajaran.
                  6.  Membuat penilaian secara berterusan dan menyediakan laporan kepada pihak-
                      pihak yang memerlukan.


                                                          53
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35