Page 71 - PowerPoint Presentation
P. 71
BIDANG DAN SENARAI TUGAS
KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Kurikulum
1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan /
Mingguan dan aspek-aspek lain yang relevan dengan bidang tersebut.
2. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di
bawah kawalannya.
3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Membimbing guru terlatih, guru sandaran tanpa latihan serta guru-guru
baharu dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan
dengan berkesan.
6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
7. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan
dan pengayaan.
8. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum
yang dijalankan oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
9. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
10. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh Guru Besar.
11. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
12. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru.
13. Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-
amalan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu merentasi
kurikulum.
14. Mengenalpasti masalah kelemahan murid dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.
2. Kokurikulum
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik murid.
2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.
71

