Page 74 - PowerPoint Presentation
P. 74

SENARAI TUGAS GURU KELAS





         1.   Pengurusan Dan Organisasi Kelas


                1.  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong
                    Ketua Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan; memastikan
                    AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam,
                    menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
                    sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan
                    kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan
                    langsir dan bunga ( jika perlu ) untuk kelas.
                2.  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
                       a) JadualWaktu
                       b) Jadual Bertugas
                       c) Perabut kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru serta papan
                           hitam diinventorikan.
                       d) Moto kelas
                       e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut
                           sampah.
                3.  Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan
                    baik dan selamat digunakan.
                4.  Melaporkan perabut dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
                    berkenaan.
                5.  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

         2.   Jadual Kedatangan Dan Kedatangan Pelajar


                1.  Mengemaskini jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu
                    kedua berakhir dan merekod di dalam sistem kehadiran.
                2.  Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

         3.   Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001


                1.  Memastikan setiap murid mempunyai laporan PBD bagi Tahap 1 dan Tahap 2
                    serta Keputusan Peperiksaan penggal bagi Tahap 2.
                2.  Mengurus markah SEGAK bagi murid berkenaan.
                3.  Menyampaikan keputusan PBD dan Kad Kemajuan Murid kepada ibu bapa.
                4.  Mengambil Kad 001 dari Penyelaras Kad 001.
                5.  Menyedia dan mengisi :
                       a) Mark sheet bagi setiap peperiksaan sekolah.
                       b) Kad 001
                       c) Sijil Berhenti dan Surat Akuan bagi pelajar yang lulus meneruskan
                          persekolahan.







                                                                                                          74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79