Page 75 - PowerPoint Presentation
P. 75
SENARAI TUGAS GURU KELAS
4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri Dan Disiplin
1. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap
akademik.
2. Menggalakkan pertandingan berbentuk akademuik dan memberikan hadiah
(jika perlu).
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat
kemerosotan pelajaran di kalangan murid-murid.
5. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid-murid yang
menghadapi masalah kesihatan.
6. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar
disiplin sekolah.
7. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :
a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang ”Melanggar
Peraturan Sekolah” yang boleh diperoleh dari pejabat.
a) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua murid dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama.
2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan
nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai tersebut kepada guru SPBT.
4. Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang
lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
6. Pendaftaran Murid Baharu
1. Menerima kemasukan murid baharu dari Penyelaras aliran.
2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku kemasukan murid dan
mendapatkan nombor pendaftaran murid baharu dari buku kemasukan
murid melalui Penolong Kanan HEM.
3. Menentukan penerimaan borang SPBT ( sekiranya layak ) dari sekolah
terdahulu dan memastikan pelajar mendapat buku teks.
4. Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada guru biasiswa.
5. Menentukan penerimaan kad kemajuan murid dan kad 001 dari sekolah
yang terdahulu.
6. Menentukan rumah sukan.
7. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
75

