Page 77 - PowerPoint Presentation
P. 77

SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS ALIRAN






         1.   Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah
              kawalannya. Persetujuan Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang perlu diminta
              terlebihdahulu.
         2.   Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong
              Kanan/Penyelia Petang mesti dimaklumkan.
         3.   Menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan.
         4.   Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan.(SPBT )
         5.   Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa/Kebajikan memilih murid
              yang layak untuk diberi bantuan.
         6.   Memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang tentang
              jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.
         7.   Penyelaras Tahun 6 membantu menyelaras peperiksaan UPSR dengan bekerjasama
              dengan Setiausaha Peperiksaan UPSR.
         8.   Memastikan surat-surat kelulusan masuk murid baharu disimpan di dalam buku
              daftar masuk dengan kemas dan teratur.
         9.   Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad
              berikut untuk dihantar ke sekolah baharu jika berlaku pertukaran murid.
                a.   Buku Rekod Kemajuan Pelajar
                b.   Kad Gerakerja Kokurikulum
                c.   Kad 001(R) dan Kad Tenaga Asas
                d.   Borang Kelulusan SPBT
         10.  Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut hendaklah
              disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah hendaklah diminta.
         11.  Bekerjasama dengan guru-guru kelas bagi menyiapkan sijil-sijil peringkat sekolah
              seperti Sijil Berhenti dan lain-lain.
         12.  Bekerjasama menyempurnakan analisis UPSR.
         13.  Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan bagi menyediakan bilik peperiksaan.
         14.  Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baharu dan membantu guru untuk
              mengagihkan kemasukan murid.
         15.  Memastikan guru kelas memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan
              butir- butir murid dalam Buku Pendaftaran.
         16.  Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.
         17.  Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid baharu
              dan memastikan ia disimpan di pejabat.
         18.  Menyimpan borang-borang kemasukan murid baharu ke dalam fail daftar mengikut
              kelas.
         19.  Memaklumkan murid baharu kepada Guru Besar.
         20.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.











                                                                                                          77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82