Page 3 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 3
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Salam sejahtera kepada semua warga pendidik dan calon SPM
di negeri Sabah.
Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan
limpah-Nya, Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Geografi dapat dihasilkan. Saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Sains Sosial, Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan panel penulis Modul JUC atas
komitmen dalam menghasilkan modul ini yang amat tepat pada masanya selaras dengan
usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam meningkatkan prestasi akademik pada
murid khususnya dalam peperiksaan SPM.
Kebersamaan dalam merancang dan melaksanakan misi dan visi Kementerian
Pendidikan Malaysia terbukti dengan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam
penghasilan modul pembelajaran dan pengajaran setiap mata pelajaran supaya murid
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tindakan melaksanakan
program bersama dengan semua Ketua Panitia Geografi, Negeri Sabah pada 17 Julai
2020 mencetuskan idea penghasilan modul ini yang boleh digunakan oleh guru dan
murid dalam PdP dan mampu meletakkan pencapaian murid sentiasa di puncak.
Sesungguhnya kegemilangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menagih banyak
pengorbanan, kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Justeru, semua pejabat
pendidikan daerah, semua sekolah menengah dan semua guru mata pelajaran Geografi
SPM diminta terus berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menggunakan
Modul JUC Geografi dalam menjana kemenjadian murid.
Sehubungan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada panel penulis modul kerana berusaha gigih, memberikan sumbangan idea,
tenaga dan masa sehingga dapat menghasilkan Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC)
Geografi SPM. Marilah sama-sama kita berdoa agar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
memperoleh kecemerlangan dalam semua mata pelajaran SPM pada tahun 2020. Moga
Tuhan mempermudah setiap usaha kita kerana niat kerja kita kerana Tuhan jua.
Sekian dan selamat maju jaya.
iii

