Page 5 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 5

MODUL JUC GEOGRAFI 2020
              DARI MEJA EDITOR

              Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran elektif
              dalam  SPM  yang  menyumbang  kepada  Gred  Purata  Negeri
              Sabah (GPN). Walau bagaimanapun, masih terdapat murid yang
              tidak  mencapai  sasaran  yang  ditetapkan  oleh  pihak  sekolah.
              Data  yang  diperoleh  untuk  SPM  2019  di  Negeri  Sabah
              menunjukkan  masih  terdapat  10.21%  calon  yang  gagal  mata
              pelajaran  Geografi  Sehubungan  itu,  pencapaian  murid  secara
              kualiti dan kuantiti perlu ditingkatkan.

                     Sejajar  dengan  saranan  Dr.  Mistirine  Radin  (Pengarah
              Pendidikan  Negeri  Sabah)  untuk  membantu  murid  dan  guru,
              maka  penghasilan  modul  pengajaran  dan  pembelajaran  mata
              pelajaran Geografi amat diperlukan.

                     Modul  Jawab  Untuk  Cemerlang  (JUC)  Geografi  yang  dihasilkan  oleh  panel
              penulis  merupakan  modul  latih  tubi  yang  julung  kali  diterbitkan  khusus  untuk
              membantu  semua  calon  Geografi  dalam  peperiksaan  SPM  2020.  Modul  ini  akan
              memudahkan  guru  memberikan  latihan  kepada  calon  secara  sistematik  dan  teratur
              kerana merangkumi nota dan soalan kemahiran peta topografi, kemahiran membina
              graf  dan  carta  pai,  geografi  fizikal  dan  geografi  manusia.  Modul  JUC  dilengkapi
              dengan soalan objektif, soalan struktur dan soalan esei secara berfokus agar calon dapat
              belajar  secara  akses  kendiri  dan  melaksanakan  penilaian  kendiri.  Guru-guru  boleh
              mengunakan modul ini untuk tujuan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
              kepada calon Geografi SPM.

                     Modul  JUC  ini  dihasilkan  oleh  guru  berpengalaman  yang  terdiri  daripada
              Jurulatih Utama Geografi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Semoga modul ini
              akan  memudahkan  guru  dan  calon  SPM  dalam  merancakkan  Pembelajaran  dan
              Pengajaran  di  dalam  mahupun  di  luar  bilik  darjah.  Semoga  modul  JUC  ini  akan
              membuahkan  hasil  terutamanya  mencapai  prestasi  cemerlang  pada  tahun  ini.  Usaha
              yang bersungguh-sungguh, komitmen dan kerjasama semua guru Geografi, ibu bapa dan
              calon  SPM  nescaya  akan  meletakkan  mata  pelajaran  Geografi  “Sentiasa  Di  Puncak”
              sejajar dengan pemilikan gunung tertinggi, Gunung Kinabalu di Malaysia.
              “Cemerlang Sekarang, Cemerlang Akan Datang”


              Salam hormat.


              Sabah Hebat! Katakan Tidak Pada Nombor 16.

              MUNIANDY SUBRAMANIAM
              GURU CEMERLANG GEOGRAFI
              SMK BALUNG, TAWAU SABAH.









                                                             v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10