Page 4 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 4
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
SETINTA KATA
Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberikan kekuatan dan
kesihatan untuk menggalas tanggungjawab hakiki dengan penuh berintergriti. Saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Sains Sosial, Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan panel penulis Modul Jawab Untuk
Cemerlang (JUC) Geografi atas komitmen dalam menghasilkan modul ini.
Dalam menjana kecemerlangan, perancangan dan pengurusan yang sistematik
amat penting. Lantaran, pelaksanaan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
bersama Ketua Panitia Geografi Sekolah Menengah pada bulan Julai 2020 dilihat sebagai
tindakan proaktif yang mengesan keupayaan setiap sekolah di setiap daerah dalam
pencapaian murid SPM sehingga tercetusnya idea penghasilan Modul JUC Geografi
SPM.
Keberhasilan dan kejayaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah memerlukan komitmen
yang tinggi dan berterusan daripada seluruh warga pendidik dan murid secara kolektif.
Oleh yang demikian, pembinaan Modul JUC Geografi dilihat sebagai satu usaha murni
melalui perancangan yang teliti untuk membantu murid menguasai kandungan mata
pelajaran secara tersusun dan sistematik. Gabungan kepakaran Guru Cemerlang
Geografi dan guru berwibawa dan berpengalaman dapat merealisasikan usaha ini dan
sekaligus menjadi wahana kepada kecemerlangan murid.
Sesungguhnya, kejayaan murid berkait rapat dengan komitmen, kerajinan serta
kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas mendidik dengan penuh dedikasi,
Sehubungan itu, saya berharap semua guru akan memanfaatkan modul ini seoptimum
yang mungkin sebagai panduan untuk membimbing murid-murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan serta melonjakkan prestasi murid dalam
peperiksaan SPM.
Sekian dan selamat maju jaya.
iv

