Page 9 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 9

MODUL JUC GEOGRAFI 2020
              Tips Contoh Jawapan Murid (Holistik – Rubrik)

              Contoh 1

              Huraikan faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Kuala Lumpur. (6 m)

              MURID 1     Jawapan Aras Rendah
                 -  Bentuk muka bumi tanah pamah
                 -  Terdapat peluang pekerjaan
                 -  Meningkatkan taraf hidup
                 -  Terdapat kemudahan pengangkutan

              MURID 2     Jawapan Aras Sederhana
                 -  Bentuk muka bumi tanah pamah akan memudahkan pembinaan petempatan
                 -  Terdapat banyak peluang pekerjaan yang meningkatkan taraf hidup
                 -  Terdapat kemudahan pengangkutan yang meningkatkan darjah ketersampaian dan
                     mobiliti penduduk

              MURID 3     Jawapan Aras Kepujian
              Faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Kuala Lumpur ialah bentuk muka bumi
              tanah  pamah  yang  memudahkan  pembinaan  petempatan.  Kawasan  tanah  pamah
              mewujudkan  banyak  bandar  satelit  yang  menyokong  bandar  induk  Kuala  Lumpur  seperti
              Cheras, Puchong, Shah Alam dan sebagainya.

              MURID 4     Jawapan Aras Cemerlang
              Faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Kuala Lumpur ialah bentuk muka bumi
              tanah  pamah  yang  memudahkan  pembinaan  petempatan.  Kawasan  tanah  pamah
              mewujudkan  banyak  bandar  satelit  yang  menyokong  bandar  induk  Kuala  Lumpur
              seperti Cheras, Puchong dan Shah Alam

              Kemajuan  dalam  pelbagai  sektor  ekonomi  seperti  perindustrian,  perkhidmatan  dan
              perniagaan  telah  mewujudkan  banyak  peluang  pekerjaan.  Banyak  tenaga  kerja  seperti
              operator pengeluaran, penjawat awam dan peniaga yang bekerja di Kuala Lumpur. Penduduk
              melakukan migrasi dari kawasan luar bandar ke Metropolitan Kuala Lumpur dengan harapan
              dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Ini menyebabkan Kuala Lumpur mempunyai
              penduduk yang padat.

              Selain  itu,  terdapat  kemudahan  pengangkutan  yang  meningkatkan  darjah
              ketersampaian dan mobiliti penduduk. Perkhidmatan LRT dan Monorel telah memudahkan
              pergerakan ramai pekerja di Kuala Lumpur dari kawasan Rawang, Klang dan Shah Alam.














                                                             3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14