Page 113 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 113
L a m a n r e f l e k s i
Reaching FPSK
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Program Reaching FPSK adalah program yang
pertama dianjurkan oleh barisan kepimpinan MEHSSA sesi 2021/2022 yang
berlangsung pada cuti semester. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan
pendedahan dan informasi kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan dan menjawab segala pertanyaan pelajar berkaitan hal ehwal serta
akademik. Oleh kerana terdapat limitasi di mana golongan pelajar ini tidak dapat
merasai pengalaman belajar di kampus secara bersemuka, MEHSSA menjalankan satu
inisiatif di mana para pelajar dapat berinteraksi dan mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan FPSK dan sistem akademik yang diamalkan. Melalui program ini juga, para
pelajar didedahkan kepada badan-badan organisasi pelajar yang lebih dikenali
sebagai Majlis Bersekutu dan juga Majlis Perwakilan Pelajar, MPP FPSK. Sambutan yang
sangat memberangsangkan telah kami terima dan diharapkan agar program-program
berimpak sebegini dapat diteruskan dan ditambah baik dari tahun ke tahun. Terima
kasih. MUHAMMAD FIKRY (PENGARAH)
Malam Bersama MEHSSA
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dan saya ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang
berlangsungnya program Malam Bersama MEHSSA. Program ini sebagaimana yang
sedia maklum merupakan program tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan yang bertujuan untuk memberikan serba sedikit pengenalan dan
pendedahan kepada para pelajar baharu tentang Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, UPM merangkap sesi pengenalan kepada Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Fakulti dan Kelab-Kelab FPSK yang beroperasi membantu
menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar. Selain itu, malam ini amat signifikan dalam
usaha untuk membantu dan menyelesaikan perkara-perkara berbangkit yang akan
diutarakan oleh para pelajar FPSK. Akhir kata, saya selaku pengarah program ini saya
sangat berharap kepada pewaris MEHSSA yang akan datang akan membaiki serta
menambah baik program ini supaya menjadi program yang akan membawa impak dan
impresi pelajar terhadap imej MEHSSA pada masa yang akan datang. Terima kasih.
AIMAN (PENGARAH)
1 1 0

