Page 117 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 117
L a m a n r e f l e k s i
Annual Grand Dinner MEHSSA 2022
''Saya amat bersyukur kerana saya dan ahli MEHSSA yang lain dapat
menjayakan majlis makan malam ini dengan jayanya untuk meraikan
ahli MEHSSA 21/22 dan juga ahli kelab bersekutu buat julung kalinya.
Diharapakan majlis ini dapat mencipta memori antara ahli MEHSSA
21/22 dan juga ahli kelab bersekutu fakulti. Saya amat berterima kasih
kepada MEHSSA 21/22 kerana tanpa sokongan dan bantuan anda
semua program ini mungkin tidak dapat dijalankan dengan baik. Terima
kasih semua!''
ALIA (PENGARAH)
Borak-borak berisi
''Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pelaksanaan program
MEHSSA Podcast merupakan sebuah program baharu yang memberi
peluang kepada semua pelajar FPSK untuk memberi pandangan
mengenai topik yang diberikan melalui penghantaran audio.
Keupayaan berkomunikasi dan perbincangan dapat diasah menerusi
program ini lantaran para pelajar dapat bersama sama mendengar
pandangan antara satu sama lain. Topik yang dikupas sangat
berasas dan dilihat merangkumi keperluan semasa sebagai pelajar
dan sebagai seorang dewasa. Diharapkan program ini telah memberi
satu titik tolak baru kepada para pelajar melalui pelbagai aspek.''
NUR IZZATI (PENGARAH)
1 1 4

