Page 114 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 114

L a m a n r e f l e k s i

















                                        e-Majalah MEHSSA 2022 Edisi 1



                             e-Majalah  ini  adalah  julung  kalinya  diterbitkan  bertujuan  memberi  perkongsian  dan
                             impak positif kepada pembaca khususnya pelajar FPSK agar dapat lebih lagi mengenali
                             latar  belakang  MEHSSA  dan  senarai  pemangkin  MEHSSA.  Ia  juga  bertujuan  untuk
                             melaporkan  senarai  program-program  yang  telah  dijalankan  mengikut  sesi  tertentu.
                             Semua  pelajar  juga  berpeluang  menghantar  pelbagai  karya  dalam  majalah  tersebut.
                             Akhir sekali, majalah tersebut juga memberi penghargaan kepada barisan kepimpinan
                             MEHSSA  sesi  2020/2021  supaya  generasi  kedepan  dapat  mengenali  barisan
                             kepimpinan sebelumnya. Diharapkan supaya e-Majalah ini dapat diteruskan selamanya
                             dan ditambah baik isi kandungannya dari semasa ke semasa.

                                                                        NURULHANAFIYA (PENGARAH)








                        Kursus Pemantapan Organisasi


                                    (KPO) MEHSSA



             Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang bagi melaksanakan Kursus
             Pemantapan Organisasi (KPO) MEHSSA yang melibatkan semua ahli MEHSSA dan
             barisan Setiausaha kelab sesi 2021/2022. Tujuan utama KPO dilaksanakan adalah untuk
             memberi panduan kepada semua ahli PMF FPSK dan Setiausaha kelab mengenai
             prosedur penghantaran dokumen rasmi kepada pihak atasan serta kaedah pembikinan
             surat dan kertas kerja yang betul. Saya berharap agar ilmu yang disampaikan dapat
             memberi manfaat kepada semua ahli. Akhir kata, impian saya agar organisasi MEHSSA
             yang akan datang dapat meneruskan legasi kepimpinan yang lepas dan
             menambahbaikkan lagi struktur organisasi supaya MEHSSA dapat dipandang sebagai
             sebuah barisan kepimpinan pelajar yang berintegriti tinggi di mata warga Fakulti
             Perubatan dan Sains Kesihatan khususnya.
                                                     NORSYASYA DIYANA (PENGARAH)












                                                                                                           1 1 1
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119