Page 120 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 120
L a m a n r e f l e k s i
Minggu Bahasa Isyarat 2021
''Bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk MEHSSA
berkolaborasi dengan penganjur dari Persatuan Sains Kesihatan, Universiti
Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian. Terdapat tiga program
sepanjang Minggu Bahasa Isyarat ini berlangsung, iaitu, Sign Language
Webinar, Pertandingan Fotografi Bahasa Isyarat dan Sign Language
Virtual Run. Antara objektif program ini adalah membentuk mahasiswa/i
yang prihatin dan mempunyai sifat empati terhadap golongan orang
kurang upaya dan memupuk nilai kemanusiaan mahasiswa/i, selari
dengan atribut nilai, sikap dan kemanusiaan yang terletak di bawah
elemen Balanced HEBAT. MEHSSA telah bekerjasama dari segi
menambah bilangan penyertaan dan saya harap hubungan kerjasama
sebegini harus dipupuk dan diteruskan.''
NADZIRAH (PENGARAH)
Online Video Competition: Editing Apps
''Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya memberikan saya
peluang dan ruang untuk melaksanakan program yang dapat
memberikan impak kepada mahasiswa/i dalam bidang penyuntingan
video. Saya amat berterima kasih kepada warga Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan (FPSK) di atas kesudian menyertai program yang
telah pihak MEHSSA 21/22 anjurkan walaupun terdapat kekangan
disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharapkan
agar semua warga FPSK akan terus setia menyokong setiap program
yang dilaksanakan oleh MEHSSA 22/23 bagi meningkatkan mutu
kualiti sebagai seorang pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran
bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mempunyai
kemahiran insaniah yang tinggi. Sekian, terima kasih.''
SITI MARYAM (PENGARAH)
1 1 7

