Page 119 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 119
L a m a n r e f l e k s i
Jualan Virtual Kad Raya 2022
''Program ini merupakan program yang agak memberi impak positif
kepada pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM kerana
semua bangsa dan agama turut serta dalam memberikan kad raya
secara virtual kepada rakan2 yang menyambut Aidilfitri pada tahun
ini. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada
MEHSSA kerana memberi saya peluang untuk mengadakan program
ini disamping dapat mengasah beberapa bakat lain dalam diri saya.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasangan exco saya
untuk kerjasama yang diberikan''
AUNI AQILAH (PENGARAH)
Surviving A Global Pandemic 2022
''Alhamdulillah dengan izinNya, saya diberikan kesempatan untuk
melaksanakan program SGP 2022 di bawah MEHSSA dengan
kerjasama daripada STIKES BHM Madiun dan Universitas Malahayati.
Diharapkan majlis ini dapat memberikan banyak manfaat kepada
mahasiswa/i dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ketiga-
tiga pihak. Ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memberikan
sokongan dan bantuan yang tidak terkira sehingga program selesai.''
NIK MUNIRAH (PENGARAH)
1 1 6

