Page 2 - e buletin ikm spu edisi 1
P. 2
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
KATA ALUAN PENGARAH
KATA ALUAN PENGARAH
Salam Sejahtera.
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah
kurniaNya, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua
kata di dalam e-buletin ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa editor di atas
pelancaran e-buletin.
Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga
e-buletin ini diterbitkan dengan jayanya. Tujuan e-buletin diterbitkan
adalah untuk memudahkan dan memberi peluang kepada pengguna
untuk mendapatkan maklumat dari sumber dengan kemungkinan
perspektif yang unik, asli dan bahkan global.
Harapan saya agar laman e-buletin ini memberi impak yang
bermanfaat kepada semua pihak terutama sekali kepada pelajar IKM
SPU sendiri.
Akhir kata, selamat melayari laman e-buletin ini, semoga saluran
alternatif ini akan lebih mantap dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
SUPARDI BIN AMALUDIN
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
MS 1

