Page 6 - e buletin ikm spu edisi 1
P. 6
KELUARAN JULAI-OGOS 2019 #EDISI 1
MAJLIS APRESIASI
MAJLIS APRESIASI
KECEMERLANGAN AKADEMIK
KECEMERLANGAN AKADEMIK
Oleh Nurhilmi
Pada 26 Julai 2019, IKM SPU telah mengadakan
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik
Januari - Jun 2019. Majlis ini diadakan
bertujuan memberi penghargaan kepada para
pelajar yang telah mendapat prestasi
cemerlang dalam peperiksaan akhir semester
lepas.
Seramai 17 orang pelajar dari semester 1
hingga 4 telah menerima anugerah pada kali
ini.
Pengarah IKM SPU, Tuan Haji Supardi Amaludin
menzahirkan rasa bangga dan sukacita di atas
kecemerlangan para pelajar. Beliau turut
memberikan kata-kata semangat kepada
semua pelajar agar terus meningkatkan usaha
untuk terus cemerlang.
MS 5

