Page 5 - e buletin ikm spu edisi 1
P. 5

KELUARAN JULAI-OGOS 2019                                                                              #EDISI 1


  PENDAFTARAN PELAJAR BARU
   PENDAFTARAN PELAJAR BARU
  Oleh Nurhilmi
   Pada 1 Julai 2019, Sesi Pengajian Julai – Disember 2019

   membuka tirai. IKM SPU telah menerima kemasukan pelajar
   baru seramai 92 orang yang melanjutkan pengajian mereka

   dalam bidang elektrik pelbagai pengkhususan.



   Disamping 3 program sedia ada iaitu Diploma Teknologi

   Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri), Diploma
   Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4) dan Diploma

   Teknousahawan Elektrik, pada sesi ini juga IKM SPU telah
   membuka 2 program baru iaitu Diploma  Teknologi

   Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Diploma kompetensi
   Elektrik Penjaga Jentera A4.
      HALAQAH QUR
      HALAQAH QURANAN


      Oleh Ikhmal
                                    Di IKM SPU, pembelajaran tidak hanya tertumpu pada aspek
                                    akademik sahaja. Bagi membentuk peribadi yang seimbang
                                    antara jasmani dan rohani, Unit Kerohanian MPP IKM SPU

                                    telah menganjurkan “Program Halaqah Al-Quran Mingguan”
                                    iaitu selepas solat Maghrib setiap hari Selasa.



                                    Penganjuran program ini adalah bagi merealisasikan hasrat
                                    Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA Dato’ Haji

                                    Mohamed Roseli bin Dol bertujuan memupuk rasa cinta
                                    terhadap al-Quran disamping menghidupkan  budaya

                                    membaca Al-Quran di kalangan pelajar.

                                    Dengan bantuan 22 orang fasilitator, setiap pelajar

                                    diletakkan dalam kumpulan yang dianggotai oleh 5 hingga 7
                                    orang ahli bagi menjalankan aktiviti tadarus. Bermula

                                    dengan 1 juz, pelajar akan beralih ke juz berikutnya apabila
                                    selesai juz yang diberikan.














                                                                                                                       MS 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10