Page 105 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 105
C. Sejauh manakah anda mengamalkan tingkah laku berhemah terhadap agensi perkhidmatan
awam yang disediakan? Bulatkan skala yang menunjukkan amalan anda.
Skala
Bil. Perlakuan
1 2 3
1. Saya akan mengambil nombor giliran terlebih dahulu ketika ingin 1 2 3
mendapatkan perkhidmatan di agensi perkhidmatan awam.
2. Saya menunggu dengan sabar semasa menjalankan urusan 1 2 3
dengan agensi perkhidmatan awam.
3. Saya akan mengucapkan terima kasih dan senyum setelah 1 2 3
selesai berurusan di kaunter agensi perkhidmatan awam.
4. Saya akan meminta bantuan kakitangan agensi perkhidmatan 1 2 3
awam sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara.
5. Saya akan bertingkah laku sopan dan berhemah ketika berada 1 2 3
dalam kawasan agensi perkhidmatan awam.
6. Saya akan menulis cadangan dan komen dalam borang maklum
balas yang disediakan di agensi perkhidmatan awam sekiranya 1 2 3
tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
7. Saya akan mematuhi prosedur yang ditetapkan semasa 1 2 3
berurusan dengan agensi perkhidmatan awam.
8. Saya tidak akan memotong barisan atau nombor giliran ketika 1 2 3
ingin mendapatkan perkhidmatan.
1 Tidak Pernah 2 Kadang-kadang 3 Selalu
SKOR
16 hingga 24: Syabas! Anda seorang yang mengamalkan tingkah laku berhemah
terhadap agensi perkhidmatan awam.
0 hingga 15: Anda perlu meningkatkan amalan tingkah laku berhemah terhadap
agensi perkhidmatan awam.
Bimbing murid untuk menjawab soalan yang diberikan dan
rasionalkan setiap jawapan murid semasa perbincangan.
3.3.3, 3.3.4, 3.3.5 99
Unit 8 NC.indd 99 24/10/17 9:31 am

