Page 158 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 158

B.  Secara berkumpulan, hasilkan brosur tentang cara-cara menjaga keselamatan semasa
                   berkomunikasi dalam alam siber berteraskan tiga aspek dalam program ‘Klik dengan
                   Bijak’, iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Pamerkan brosur tersebut
                   di Sudut Pendidikan Moral.


                              KESELAMATAN

                             Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan

                             Internet dengan cara yang selamat.


                                       KEWASPADAAN
                                       Untuk menggalakkan masyarakat supaya berwaspada

                                       semasa berinteraksi dalam talian (online).


                                 TANGGUNGJAWAB
                                 Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai

                                 secara positif dalam kalangan masyarakat.



             Apakah etika penggunaan            Saya berjanji untuk         Panduan keselamatan menggunakan
             Internet?                          menggunakan Internet:       Internet dengan bijak
             Menggunakan Internet               •  Dengan selamat,          • Amalkan penggunaan bahasa yang
             secara positif selaras dengan        berwaspada                 baik dan tidak menyinggung
             prinsip-prinsip Rukun Negara.        dan bertanggungjawab.      perasaan orang lain.
                                                •  Mencari pelbagai informasi   •  Tidak menyebarkan maklumat tanpa
             Adakah penting pengetahuan           terkini dan memperluas     menentusahkan kesahihannya.
             tentang etika penggunaan             pengetahuan.              •  Melindungi kerahsiaan maklumat
             Internet?                          •  Mendapatkan bahan-bahan   peribadi seperti alamat rumah,
             Mestilah penting!                    pembelajaran.              nombor telefon dan lokasi semasa.
             Supaya kita tidak                  •  Berkomunikasi secara     • Tidak mudah mempercayai orang
             menjadi mangsa                       berhemah dengan            yang tidak dikenali melalui laman
             jenayah siber.                       rakan-rakan dan            sosial kerana berkemungkinan
                                                  bertukar-tukar pendapat    mereka ialah penghendap siber.
                                                  tentang pelbagai topik
                                                  yang bermanfaat.






                                                               Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
                                      INFO
                 Imbas Saya          Program Klik dengan Bijak merupakan salah satu inisiatif
                                     Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
                                     untuk mendidik masyarakat tentang penggunaan Internet
                                     secara positif. Murid boleh melayari pautan Klik dengan Bijak
                                     untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan program ini.
                 Klik dengan Bijak


        152                                                                            4.2.1, 4.2.4, 4.2.6




       Unit 12 NC.indd   152                                                                          27/10/17   7:02 pm
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163