Page 155 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 155
C. Pernahkah anda melakukan perbuatan yang berikut? Tandakan (Ö) pada penyataan yang
berkaitan dengan diri anda dan tandakan (´) pada penyataan yang tidak berkaitan.
Bil. Pernahkah Anda (Ö) atau (´)
1. Menghantar gambar atau maklumat seseorang di laman web tanpa
pengetahuan orang tersebut?
2. Menggunakan maklumat dalam Internet untuk memalukan atau mengugut
seseorang?
3. Menghantar video yang ganas atau menakutkan seseorang walaupun untuk
bergurau?
4. Menggunakan bahasa yang kasar dalam talian?
5. Menghantar gambar, mesej atau video berunsur lucah kepada seseorang?
6. Memberikan maklumat palsu tentang seseorang dalam Internet?
7. Menggunakan kata laluan orang lain tanpa kebenaran untuk mengganggu
dan mengancam seseorang?
8. Menghina atau memalukan seseorang berulang kali semasa menggunakan
media sosial?
9. Mengugut seseorang dengan menggunakan gambar atau video yang boleh
memalukannya?
10. Memberikan komen kurang baik tentang perbuatan atau aktiviti yang
dilakukan oleh seseorang yang anda baca melalui Internet?
Tahniah jika anda tidak pernah melakukan perbuatan tersebut! Anda telah
menggunakan media sosial dengan berhemah.
Sekiranya anda pernah melakukan perbuatan tersebut, fikirkanlah kesannya
kepada diri, keluarga dan orang lain.
REFLEKSI
REFLEKSI
Apakah perasaan anda sekiranya anda Bincangkan tindakan yang Imbas Saya
menjadi mangsa buli siber? patut dikenakan kepada
Bagaimanakah anda dapat membantu pembuli siber selain
menghentikan perbuatan buli siber? tindakan udang-undang.
Buli siber
4.2.4, 4.2.5, 4.2.6 149
Unit 12 NC.indd 149 27/10/17 7:02 pm

