Page 153 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 153

PENGUKUHAN
                 A.  Fahami perbualan di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.



                                                               2
                                                                  Betul. Kasihan rakannya yang kena fitnah.
                                                                  Menurut berita tersebut, rakannya itu
                1                                                 mengalami tekanan emosi yang teruk dan
                  Saya sangat terkejut apabila membaca berita     hampir membunuh diri.
                  tentang seorang remaja lelaki yang sanggup
                  memfitnah rakannya dan menularkan fitnah
                  tersebut secara meluas di media sosial.





















               3                                              4
                  Bukan itu sahaja. Dua hari lepas, saya terbaca   Mereka tidak memikirkan kesannya terhadap
                  berita tentang seorang remaja perempuan       orang lain. Saya amat berharap remaja tersebut
                  yang menghina rakannya dengan kata-kata       akan insaf dan sedar bahawa tindakan mereka
                  kesat seperti bodoh, gemuk dan hodoh. Ada     itu tidak beretika.
                  juga remaja yang menggunakan akaun e-mel
                  palsu untuk menghantar mesej lucah kepada
                  rakan-rakannya.






                     1. Wajarkah tindakan remaja tersebut memfitnah rakannya? Mengapa?
                     2. Jika anda merupakan mangsa dalam situasi tersebut, apakah tindakan anda untuk mengatasi
                       masalah tersebut?
                     3. Apakah etika yang patut dipatuhi oleh semua pihak agar kejadian tersebut dapat dihentikan?



                                                RenunganRenungan


                                                Terlajak perahu boleh diundur,
                                                terlajak kata buruk padahnya.
                                                            Peribahasa Melayu




                  4.2.1, 4.2.4, 4.2.6                                                                    147



       Unit 12 NC.indd   147                                                                          27/10/17   7:02 pm
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158