Page 190 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 190
PENILAIAN A. Penyataan di bawah merujuk kepada remaja lari daripada rumah.
Remaja lari daripada
rumah disebabkan
oleh konflik dengan
keluarga.
1. Wajarkah tindakan remaja tersebut? Mengapa?
2. Nyatakan sikap yang perlu diamalkan oleh remaja tersebut untuk menangani konflik
dengan keluarga.
3. Sekiranya anda berada dalam situasi remaja tersebut, cadangkan cara terbaik untuk
menyelesaikannya.
4. Andaikan anda remaja tersebut, jelaskan perasaan anda apabila berjaya menangani konflik
tersebut.
5. Bagaimanakah amalan nilai-nilai murni dapat membantu golongan remaja daripada
terjebak dengan perkara negatif seperti di atas?
B. Fahami petikan di bawah dan jawab soalan esei yang berikut.
Pada masa ini, terdapat segelintir murid yang bertindak di luar kawalan
hingga tergamak mencederakan guru mereka. Hal ini menunjukkan
kurangnya penghayatan nilai murni dalam diri murid tersebut.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu rakan anda yang menghadapi
konflik identiti diri dan terlibat dengan gejala yang dinyatakan dalam petikan di atas?
184
Unit 14 NC.indd 184 24/10/17 10:07 am

